0

Raya dah oi!

Posted in

Dah raya dah.. Wehuuuuuu!

Dikesempatan ini, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua family, kawan-kawan dan semua yang mengenali kami. Tup.Tap.Tup.Tap raya dah nak habis pun. Biasalah..saya sibuk raya, ni dah masuk 3 minggu raya baru sempat nak ngapdet.


Alhamdulillah, selesai juga membakor kek lapes sebelum raya hari tu. Hah, ni lah dia hasilnya. 80 biji kek lapes dibakor sepanjang bulan Ramadhan..penuh chiller tu.. Terima kasih kawan-kawan dan saudara2 yang order. Rezeki lebih tahun nih, anak-anak saudara pun dapat duit raya lebih lah. Hoho.


Kepada kawan-kawan yang order melalui pos, dah pun dipos seminggu sebelum raya. Hah! Ada jugak nak order kek lapes lagi lepas raya. Alhamdulillah. Insha-Allah akan dibuat dan dihantar segera kepada sesiapa yang order. Dah puas pun beraya, dan dah mula pun sekolah, AnnCakeHouse kini dah buka order untuk kek-kek yang lain termasuk kek lapis. So, kepada kawan-kawan yang berminat nak order kek, bolehlah order.

Macam biasa, kalau nak order, sila-silalah rojer di FB atau call/sms kat nombor kat atas tu. Kan Raya Haji nak dekat, kot-kot lah ada yang mengidam ke, yang nak bg kek kat omak ke bawa balik cuti nanti, cepat-cepat ler order ngan kita!

Sekarang ni pun saya dah mula buat tempahan kek yang diorder masa raya haritu. Nanti karang update gambor kek lah pulak yer.

Selamat raya!!

0 Komen: