Sep
2012
20
Talam Rulez!
Posted in TalamSalam 1 Malaysia! Selamaat Hari Jumaat. Moga kita diberkati hendaknya. Maka dengan itu, tutuplah sudah Walnut Week. Tu kat bawah tu ada gambar untuk order dari kawan-kawan. Terimakaseh sekali lagi pada kawan-kawan, pelanggan-pelanggan yang memberi kepercayaan kepada saya dan setia mengorder dengan saya. Anda memang kiut! Kehkeh.
Nak dijadikan cerita, dalam minggu lepas saya ada join kelas membuat talam di JB. Treng.teng.teng. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari haruslah diamalkan, dan lantas saya bersetuju untuk membuka order untuk TALAM. Lepas nih siapa2 nak order talam, saya menerima talam untuk size '12, bolehlah PM saya segera.
Banyak talam yang dipelajari haritu, tapi buat sementara ni saya hanya membuat talam-talam yang berikut. Kalau nak tau lebih lanjut, rojer. Kita open table sambil layan teh tarik. Baru masyukk!
Cakap nama talam je pun tak best kan, meh layankan gambar talam yang macam2 muka nih.
![]() |
Atas dari kiri: Serimuka Warisan, Talam Cendol Bawah dari kiri: Talam Jagung, Talam Keladi |
![]() |
Bingka Jagung |
![]() |
Bingka Roti |
![]() |
Kole Kacang |
![]() |
Talam Berlauk |
![]() |
Talam Marble |
![]() |
Talam Tokyo |
Yeah, it's Talamtime bebeh!
0 Komen:
Post a Comment