0

Harini 10.11.12

Posted in , , , , , , , , ,
Journey never begins, and so it will never ends
Salam.

Tarikh harini memang cantik, dan tarikh cantik selalu jadi tarikh keramat untuk event tertentu macam kahwin, tunang, dll. Dan juga untuk diri sendiri, bukan setakat harini malah November 2012 adalah bulan yang penting sebab banyak berita gembira!


Doyan dah berbuah oi!
Macam biasa hujung-hujung tahun ni dah start musim buah-buahan dan kat sini musim durian baru je nak start. Maka, akan penuhlah dapur, petiais dan rumah dengan doyan. Makanlah durian puas-puas. Jangan sampai tingtong doyan sudah!

Dari Sungai ke Parit!
Alhamdulillah. Kementerian dah approve untuk pindah sekolah, dan dapat pindah ke sekolah lama. Dari parit ke sungai, dah puas mandi sungai, dapat pula kembali ke Parit :) Dan semalam adalah antara tarikh penting sebagai tarikh terakhir berada di STMI. Gambar kat atas tu adalah gambar meja kesayangan yang diambil untuk kali terakhir sebelum dikosongkan. Yang sedihnya, akan merindui teman seperjuangan di STMI, dan yang gembiranya dapat bersama keluarga seperti dulu.

Di kesempatan ini, sejuta penghargaan buat warga STMI - boss, kakak2, abang2, kawan2, jiran2, geng2 gosip, staff2, pelajar2 dan semua yang mengenali saya, saya memohon keampunan atas segala kesilapan dan kesalahan, dan sangat-sangat berterima kasih pada semua. Kerana anda adalah sebahagian daripada hidup saya, segala jasa akan dikenang, semoga semuanya diberkati dan dirahmati Allah :)

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih (cewahhh..macam speech atas pentas lepas menang anugerah pulak =P)
*akan buat special post untuk warga STMI

Kek Kukus la pulak!
Hohoho. Tak rugi belajar kan? Disebabkan ada kesempatan, dapatlah join kelas kek kukus. Mungkin lepas ni bolehlah AnnCakeHouse buka tempahan kek kukus pulak. Yeay! Macam-macam jenis kek kukus ada - kek buah 6 bulan, kek lumut, kek gula hangus, kek coklat moist, kek hati pari. Memang kena cuba! Bagi siapa yang berminat nak join kelas ni, roger k, nanti I bagitau kat mana & dengan siapa.

Order!
Dah nama pun blog ni AnnCakeHouse, tak sah la kan kalau tade gambar kek order dari customer. Hoho. Oke, jom layankan order yang sempat dibuat sampai hari terakhir sekolah.

Kek Lapes - Cadbury Chocolate & Sunsweet Prune sebagai hantaran untuk walimah Junainah dan Faiz

Yang ni pulak wedding cake pilihan mereka - extra moist cake layered with cheese + blueberry + dark cherry, frosting fresh cream, topping blueberry. Selamat kahwen Ju oi!

Kek Karamel 4 biji yang sempat dibuat disamping kesibukan minggu terakhir sekolah

Kole Kacang dan Bingka Roti - mini talam terakhir yang fast sale di minggu terakhir!

Hat ni pulak talam 4 loyang Kak Masni punya je. Serimuka, talam berlauk, talam tokyo dan suji.

Kek yang sepatutnya untuk orang lain tapi dijual kepada orang lain - Chocolate cake layered with fresh cream+blueberry+dark cherry and frosting chocolate ganache

Pun sama coklat moist cake untuk Birthday anak Kak Anida - cuma yang ini luarnya frosting fresh cream & topping blueberry

Kegemaran ramai nih, mesti ada...Crunchy Salted Caramel Brownies!

Dan yang nila pula hantaran Red Velvet Cupcake with cream cheese.

Holiday Time!
Esok kami akan pergi bercuti ke Bukit Gambang. Yeay! Walaupun terlepas tak dapat tengok konsert Dato' Siti, takpolah. Kalau tak ade aral, akan memanjangkan kaki ke Terengganu. Yeay! lagi sekali =) Dah hujung tahun ni pun banyak bencana datang, sini dah start hujan. Ni haritu layankan 2D main hujan. Hujan di sungai, pasni main hujan kat parit pulak ekk.

Dengan rasminya, kami menutup tempahan untuk tempoh seminggu sebab Mama fully-booked by 2D! Hehe. Ada kawan-kawan yang dah tempah pun, order semua akan dibuat selepas seminggu dari sekarang. Akan berada disini sehingga Disember, insha-Allah. Esok nak pi bercuti, doakan kami selamat pergi & pulang. Dan anda juga, hati-hati di jalanraya. Biar lambat, asalkan selamat!

Terima kasih & selamat bercuti!

0 Komen: