0

13.3.13: Talam 2.0

Posted in


Good News
on Good Date
for Good People!

Here come Talam version 2.0!
Talam kita dah ada version 2.0. Yeay!

Selepas diupgrade kan resipi, ditambah sedikit rasa dan extra warna-- kini sembang petang bersama Joyah dan Semah mengenai isu ekonomi akan menjadi semakin rancak! Dah ada extra resipi dan rasa, jangan lupa jemput Melah, Naemah, Tipah, Piah dan Cek'ah borak sekali!

Bingka Daging yo! Bingka dengan ekstra daging cincang ini pasti akan menerujakan penggemar daging seperti Melah jiran belakang rumah. Dengan daging cincang, tanpa polident pun boleh!

Bingka Ubi yang kaya taburan bijan ni pasti mampu menggembirakan Naemah si pencinta ubi rebus. Sekali-sekala, lupakan ubi rebus+sambal, nikmati lemak manis bingka ubi, pasti Naemah tersenyum!

Serimuka Berlauk yang diupgrade dari talam berlauk. Seri kan hari Joyah yang sukakan serimuka dengan sedikit kelainan pada kuih kesukaannya!

Talam Carrot yang diadun sempurna dengan carrot segar sangat sesuai dihidang untuk tetamu vegetarian seperti Tipah. Pun bagus untuk mata!

Talam Kastard Pisang Delight 3-layer talam-- lapisan merah sagu, hijau campuran pisang segar, kuning campuran kastard dan serikaya. Mungkin sesuai dihidang kepada Piah yang sukakan cabaran dan cuba sesuatu yang baru?

Talam Jala Emas resipi baru dengan tambahan suhun di lapisan tengah!

Talam Lapis Perkasa buat penggemar ubi dengan lebih rasa ubi (setiap layer) ditambah perisa ros, pandan dan pisang serta disalut kelapa parut.

Talam Mak Dara @ Manjalara gabungan rasa keledek oren (layer bawah) dan ubi.

Talam Sarawak & Talam Seriwati (ubi + pisang + kelapa)

Berminat?
Cepat-cepat rojer kami di Facebook (klik sini)!

0 Komen: