0

Aktiviti Melapess

Posted in , ,

Salam 1 Malaysia.


Amacam puasa? Alhamdulillah dah 9hari pun kita berpuasa, segalanya bermula sempurna tahun ni. Tapi anak dara kesayangan si Dottie tu ter'cuti' puasa pula Jumaat lepas sebab tak tahan katanya. Budak lagi kann.. Tak apalah, biarkan dia belajar & faham erti puasa, biar dia puasa dengan ikhlas. Yang penting anak mama kalau lapar dia tak curi-curi makan. Tak gituww?

Oke, minggu lepas jugak omakk datang rumah nak belajar buek kek katonyo. Takpe, market dia ramai, orang cakap orang tua-tua ni memang suka kek lapes. Yeke? Yelah kot, budak2 jer yang layan biskut raya, budak dewasa suka makan kerepek. Macam ikut kekuatan gigi gamaknya....hehe.. Dah puas menuntut, gambar kat atas tu adalah hasil air tangan mak, melapes guna oven sarawak. Tak tau oven sarawak? Nanti karang saya upload kasi tengok, memang spesel untuk masak kek lapes, diterbangkan khas dari Sarawak (kalau tak silap, import dari Indonesia).


Hujung-hujung minggu gini biasalah, target nak siapkan order. hari biasa dapat 3-4 biji je. Weekend camni la nak kena belasah kaw2 siapkan. Banyak owww..tak menang tangan nih. 2D tu pulak nak minta tolong kecik lagi, kang kalau minta tolong..lagi menyusahkan lagi ada. Harap-harap akan siaplah tempahan kek lapes nih sebelum raya, insha-Allah. Sekali lagi ucapan terima kaseih banyak2 untuk yang sudi order kek lapes dengan kami.


Eh..tiba-tiba ada kek ni nak nyelit. Order sepatutnya da tutup, tapi jiran sebelah minta sangat buatkan kek russian black & white untuk harijadi Amir anaknya..Harini harijadinya...hepi besday Amir, semoga jadi anak yang soleh....Tak taulah apa rasa..Cik Ann puasa amir oii, harap-harap sodaplah..hehe.


0 Komen: