0

Talam Rulez!

Posted in

Salam 1 Malaysia! Selamaat Hari Jumaat. Moga kita diberkati hendaknya. Maka dengan itu, tutuplah sudah Walnut Week. Tu kat bawah tu ada gambar untuk order dari kawan-kawan. Terimakaseh sekali lagi pada kawan-kawan, pelanggan-pelanggan yang memberi kepercayaan kepada saya dan setia mengorder dengan saya. Anda memang kiut! Kehkeh.



Nak dijadikan cerita, dalam minggu lepas saya ada join kelas membuat talam di JB. Treng.teng.teng. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari haruslah diamalkan, dan lantas saya bersetuju untuk membuka order untuk TALAM. Lepas nih siapa2 nak order talam, saya menerima talam untuk size '12, bolehlah PM saya segera.

Banyak talam yang dipelajari haritu, tapi buat sementara ni saya hanya membuat talam-talam yang berikut. Kalau nak tau lebih lanjut, rojer. Kita open table sambil layan teh tarik. Baru masyukk!

Cakap nama talam je pun tak best kan, meh layankan gambar talam yang macam2 muka nih.

Atas dari kiri: Serimuka Warisan, Talam Cendol
Bawah dari kiri: Talam Jagung, Talam Keladi

Bingka Jagung

Bingka Roti

Kole Kacang

Talam Berlauk

Talam Marble

Talam Tokyo
Talam Tokyo kau...Kek-kek selalu angkat nama Eropah & Amerika, talam low-profile siket, amek nama Asian countries je. Hoho. Talam ni sesuai je untuk dimakan bila-bila, especially kenduri. Selalu kita beli 3 ketul RM1 kan kat pasar malam, tapi nafsu makan sape yang buas tak cukup makan 3 ketul yang sekali ngap dah habis, apa kata order seloyang terus? Boleh jamu jiran-jiran, mak mertua, pengetua sekolah sekali. Ye dokk? Lagi sedap dilayan dengan kopi panas time minum petang sambil gosip-gosip ngan Kiah sebelah rumah. Barulah feel orang Malaysia sikit!

Yeah, it's Talamtime bebeh!

0 Komen: