0

September! - Order pertama selepas raya

Posted in , , ,
Salam Merdeka Raya!

Dah lepas pun hari Merdeka. Takpe, nak wish jugak sebab bangga jadi anak Malaysia. Tengok ramai orang pasang bendera. Kompem2 tanak turunkan lagi sebab nanti nak celebrate Hari Malaysia pulak. Ye dokk?



Oke. Inilah order kek yang dibuat setelah puas bercuti raya. Order yang sebenarnya ditempah sejak SEBELUM puasa, tetapi sebab kekangan (busy membakor kek lapess) maka tunggu rayalah baru nak buat. Tu pun dah nak masuk minggu ke-3 raya ni hah. Al-maklumlah, orang ada anak..cuti kenalah bawa jalan-jalan. Keje, keje jugak, anak jangan lupo! Inilah dia kek pertama - Italian Rainbow untuk Emma, Farahaini dan Ratna. Balik raya dari rumah member terus mendeko. Deko tahap hantam je la labuuuuuu...(sila klik gambar untuk lihat besar)


Dah penat layankan rainbow nih, barulah proceed order Velvet Cake. 3 order, satu kek kahwin untuk Hatta Fauzan. Oke, yang bawah ni semua kek Red Velvet. Yang turqoise untuk Effin & yang black tu untuk Raihani. Kek Kawen Hatta tu 3 tingkat termasuk cupcake - tiga-tiga tingkat dia order red velvet. Fevret dia agaknya. Jom layankan gambar...





Dan yang bawah ni Pavlova untuk makan sendiri sebab aritu buat kek lapes banyak lebih telur putih. Buat untuk 2D. Asyik layan order orang, arini mama nak layan selera 2D kesayangan ni pulakkkk..Ni gambar bercuti kat PD haritu sebelum balik Muor...



Tu je entri kali ni. Renung-renungkan kek kat atas tu, dan jangan lupa orderrr!

0 Komen: